Sunday, January 24, 2010

Mesyuarat Agung Tahun 2010 Kali Ke-3

Pada 23 Januari 2010 bertempat di Kem Kota Layang-layang Kiri Bota, Perak Darul Ridzuan telah berlangsungnya satu Mesyuarat Agung kali ke-3. Persekutuan Pengakap Kelana Perak Tengah telah diberikan mandat untuk mengelolakan program ini. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan mengenai program-program yang akan diadakan sepanjang tahun 2010 dan perlantikan ahli jawatan kuasa yang baru. Tempat perjumpaan ini telah ditukar pada saat-saat akhir setelah semua persiapan siap dijalankan kerana mengalami beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Mesyuarat ini berjalankan dengan lancar dan Penolong Pesuruhjaya Daerah Pengakap Kelana trut hadir memeriahkan majlis ini iaitu Badrul Hisham B. Azmi.
Jamuan makan selepas mesyuarat.
Antara ahli Kelana wanita.
Dalam kekenyangan.


Wednesday, November 25, 2009

Perkhemahan Ujian Sikap

Pada 21-24 November tadi telah berlangsungnya Perkhemahan Ujian Sikap. Kem ini brjalan dengan lancar walaupun dengan ketiadaan pembantu, tetapi pengakap Kelana Angkasa A Perak Tengah telah menghulurkan bantuan. Peserta seramai 84 orang dan hanya 7 daerah yang menyertai kem ini.

Monday, June 22, 2009

Perkhemahan Kursus Ketua Patrol

Pada minggu lepas, bertarikh 18 hingga 21 Jun 2009, telah berlangsungnya satu perkhemahan negeri iaitu perkhemahan Kursus Ketua Patrol. Perkhemahan ini bertujuan untuk memberi tunjuk ajar dan pengetahuan kepada ahli pengakap untuk membimbing ahli pengakap yang lain dan untuk persediaan awal sebelum ke Ujian Sikap. Walaupun beberapa daerah tidak menyertainya, perkhemahan ini berjalan dengan lancar. Ahli-ahli Kelana Angkasa turut menyumbangkan tenaga untuk melicinkan majlis.

Kelan Angkasa sedang bermesyuarat.


Wednesday, April 22, 2009


Perkhemahan Rambu Kanak-kanakPeringkat Negeri Perak akan diadakan pada 24 hingga 26 April ini. Kepada semua pemimpin serta ahli kelana di Perak Tengah ini dapat hadir untuk membantu. Perkhemahan ini berlangsung di SEMESTI, Teluk Intan..

Tuesday, April 7, 2009

Perkhemahan Maju dan Keris Perak

Pada 3 hingga 5 April yang lepas, satu perkhemahan daerah telah berlangsung. Perkhemahan ini telah berjalan dengan lancar dengan adanya pembantu daerah dan krew Kelana Angkasa. pada perkhemahan ini juga telah berjaya mengumpulkan pembantu yang paling ramai dalam sejarah di Kem Kota, Layang-layang Kiri. Krew Kelana Angkasa telah bertungkus lumus untuk melicinkan pengurusan.

Hakim Malam Kebudayaan

Krew Kelana

Majlis Penutup

Tuesday, March 31, 2009

Perkhemahan Maju dan Keris Perak


Perkhemahan Lencana Maju dan Keris Perak akan diadakan pada 3 hingga 5 April ini. Kepada semua pemimpin serta ahli kelana di Perak Tengah ini dapat hadir untuk membantu. Perkhemahan ini berlangsung di tapak perkhemahan daerah dan juga negeri iaitu Kem Kota, Layang-layang Kiri.  

Perkhemahan Pentarafan Diraja

Pada 26 hingga 29 Mac yang lepas, satu perkhemahan telah berlangsung di Kem Kota, Layang-layang Kiri. Perkhemahan tersebut adalah Perkhemahan Pentarafan Diraja Peringkat negeri Perak. Oleh itu, Kelana Perak Tengah iaitu Kelana Angkasa telah dipanggil untuk membantu bagi melicinkan pengurusan dari segi teknikal dan sebagainya. Segala usaha dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua krew Kelana Angkasa diucapkan ribuan terima kasih. Dengan itu, slogan pengakap kelana dapat dicapai. “BERKHIDMAT” 

Kelana Perak Tengah dan Batang Padang

Yus dan Tuan Badrul

Tapak perkhemahan

Yap,Kelana Batang Padang dan Tuan Badrul

Krew Kelana Angkasa